Kata Free Trial, kenapa kena register card bank? #

Pendaftaran kad tersebut untuk tujuan user verification (mana tahu anda scammer yang dicari-cari selama ini)

TIADA SEBARANG PENOLAKAN DARI KAD ANDA SELAGI anda masih belum langgan apa-apa.

Bermaksud, walau sudah tamat tempoh trial, anda masih tidak dicaj oleh Yezza selagi anda belum pilih pelan langganan.

Masa Trial ni merchant experience plan apa? #

Anda akan gunakan plan yang anda pilih daripada mana-mana 3 plan yang ditawarkan sepanjang 14 hari.

Hasil sales sepanjang trial adalah milik merchant sepenuhnya. (kecuali anda menambah Yezza Pay semasa tempoh trial)

Guide Penuh : Cara Tukar Plan Langganan & Add-ons

Suka kami ingatkan yang tempoh trial anda tamat sebaik sahaja anda melanggan.

Pakai Yezza ni kena Uninstall WhatsApp ke? #

Tak perlu. Yezza adalah sistem yang memudahkan anda berurusan jual beli di WhatsApp lantas menjimatkan masa operasi.

Saya keliru tengok Yezza ni. Customer pun sama. Ada contoh flow? #

Anda boleh lihat contoh di sini : Contoh – Flow Pembeli Guna WhatsApp Form – [BARU]

Ada guide atau panduan tak? Nak belajar sikit-sikit #

Guide kami boleh diakses secara terus melalui butang ‘i‘ di dashboard akaun anda. Kami sediakan 2 bahasa untuk pilihan anda.

Kalau pakai Yezza Pay, duit akan masuk ke akaun kita terus ke? #

Ya, duit sales akan masuk ke akaun bank yang didaftar pada setting Yezza Pay.

Transfer akan berlaku selepas 3 hari bekerja.

Guide Penuh : Apa itu Yezza Pay

Product ada limit ke 1 akaun? #

Unlimited product. Anda boleh upload seberapa banyak product dalam satu akaun.

Asalkan setiap product di-upload dengan menggunakan nama yang berlainan agar memudahkan process memasukkan produk ke Borang WhatsApp.

Anda tiada masalah untuk gunakan Yezza Store jika mempunyai product pelbagai jenis yang banyak.

Macam mana nak letak remark dalam order? #

Ruang remark order boleh diletakkan dalam Borang WhatsApp sebagai addtional info

Guide Penuh : Remark dalam Order

Saya dah upload banyak product. Tapi kat Yezza Store ada 2 je… #

Untuk Yezza Store, anda perlu set Categories terlebih dahulu kemudian attach product anda di bawah category tersebut. 

Guide Penuh : Yezza Store

Macam mana nak set untuk COD dan Postage serentak? #

Anda boleh COD dan pos dengan menetapkan zon penghantaran. Dengan tetapan zon, anda boleh menawarkan kedua-dua jenis penghantaran serentak.

Contoh :
Zon Putrajaya – COD
Zon Shah alam – Postage

Guide Penuh : Zon Penghantaran

Kalau self pickup nak set delivery macam mana? #

Tiada masalah untuk mereka yang offer self-pickup service.

Untuk mereka yang offer self-pickup service dan juga delivery, ada setting yang perlu anda buat, sama ada masukkan delivery cas sebagai product atau meminta pelanggan untuk isi alamat walaupun mereka self pickup.

Guide Penuh : Self-pickup

Saya plan nak buat free delivery untuk pembelian lebih RM100. Macam mana ek? #

Anda boleh gunakan kemudahan Coupon yang Yezza sediakan untuk pembelian sebegini.

Guide Penuh : Coupon Discount

Coupon boleh buat 1 je ke atau banyak? #

Anda boleh buat seberapa banyak coupon discount yang anda mahu

Guide Penuh : Coupon Discount

Customer saya tak boleh nak isi no phone di form. Katanya invalid. #

Kita buat validation di ruang isi telefon di mana selagi tak cukup sekurang-kurangnya 7 nombor selepas 01X, akan keluar invalid tu. 🙂

Kalau cukup, pastikan pelanggan tidak memasukkan ‘Space’ semasa mengisi.

Saya guna nombor WhatsApp Business. Tapi kekadang mesej pergi ke nombor WhatsApp yang lain… #

Jika anda menggunakan WhatsApp Business (di mana nombornya sama dengan WhatsApp Personal) , kami nasihatkan untuk padam Apps WhatsApp Personal berkenaan.

Jika keduanya menggunakan nombor yang berbeza, pastikan nombor telefon admin didaftarkan kepada nombor telefon yang betul.

Saya ambil Business Plan. Cadang nak tambah banyak lagi agen. Boleh ke? #

Tiada masalah. Walaupun anda sudah mencapai limit bilangan anggota, anda tiada masalah untuk tambah lagi

Namun anda akan dikenakan cas bulan bergantung kepada jumlah yang ditambah.

Contact Support Yezza untuk request.

Guide Penuh : Agent & Sales Person : 4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Apa beza antara bulanan RM37 dan RM50 untuk Personal Plan? #

RM37, kontrak setahun. Maknanya, merchant benarkan Yezza buat potongan terus dari kad setiap bulan selama setahun.

Kalau RM50, perlu authorize bayaran manual setiap bulan.

Apa beza pula bayar rm50/month dgn Free + 2% ? #

Ia merupakan rate langgan bulanan yang Yezza tawarkan untuk Personal Plan.

Sama ada anda bayar RM50/sebulan, atau anda bayar 2% dari jumlah sales bulan tersebut.

Jadi, jika anda pilih Free + 2% dan anda tiada sales pada bulan itu, anda tidak dikenakan cas.

Saya sudah langgan kontrak setahun Personal tapi ingin upgrade. Pembayaran macam mana? #

Boleh. Hanya perlu hubungi team Support Yezza untuk urusan upgrade.

Apa jadi pada akaun saya kalau saya tak melanggan? #

Kami akan ‘tidurkan’ akaun anda di mana anda tak boleh buat apa-apa perubahan pada akaun.

Link ke WhatsApp Form dan Store anda masih berfungsi cuma customer anda perlu menghubungi anda secara terus untuk sebarang urusan.

Trial Yezza ni pendek sangat. Boleh extend? #

Boleh.

Cumanya Yezza akan kenakan caj 2% untuk jumlah jualan pada bulanan tersebut. Contoh, jualan RM100, anda hanya dikenakan RM2. Tiada jualan tiada caj dan anda masih ada akses ke guide kami.

Untuk dapatkan ini, anda perlu pilih Personal Free+2% di ruang subsription.

ADA SOALAN LAIN?

Jika anda masih tidak menemui jawapan atau menghadapi isu yang memerlukan bantuan segera, hubungi terus Support Yezza di support@yezza.io

Atau hubungi terus support dengan menekan butang yang di highlight di bawah.

Siapa kata meniaga guna WhatsApp tak canggih?

#bukanisimasalapang

3 Responses

    1. Hi Cik Hasnah,

      Bagaimana mahu mulakan perniagaan atau mula mengguna Yezza?

      Selepas membuka akaun Yezza di https://yezza.io/utama , anda akan dipandu untuk bagaimana mengupload produk.
      Pada masa yang sama, anda akan menerima emel NEMO kami untuk bantu anda sepanjang 14 hari menggunakan Yezza.

Comments are closed.