Semasa anda memuat naik produk, di bahagian bawah terdapat ruang untuk masukkan harga ‘potong’.

Ruang ini sebenarnya untuk meletakkan harga asal sesuatu produk sebenarnya.

Sebagai contoh, Kedai Khabab & John ada produk baru yang harga asalnya adalah RM8. Namun untuk tujuan promosi, ianya dijual dengan harga RM5.

Caranya :

  • Masukkan sahaja harga jual macam biasa (RM5)
  • Bahagian ‘Slash Price’ dimasukkan harga asal (RM8) seperti di bawah.

Harga Potong ini HANYA akan kelihatan dalam Yezza Store anda sahaja seperti di bawah.

Sekurang-kurangnya, merchant tidak perlu mencipta coupon baru untuk tujuan promosi produk baru.

Merchant boleh bila-bila masa padam harga potong berkenaan.

Namun jika hendak menjual dengan harga asal (yakni RM 8 berdasarkan contoh), hendaklah dimasukkan harga RM 8 di dalam harga jual.