Berikut adalah info yang terkandung untuk setiap customer di Database. Ianya terbahagi kepada dua : Customer Info & Order Details.

Contoh di bawah adalah leads yang masuk melalui Borang WhatsApp Kebab & John dan diuruskan oleh Admin Aizuddin. (panah biru)

Nota : Apabila tempahan berstatus Paid , merchant tidak lagi boleh mengubah ini.

Setelah faham semua ini, anda bersama sales team anda dapat mengurus pelanggan anda.

Borang WhatsApp di bawah sebagai contoh pengurusan Leads :

Nota : Kami menasihatkan pengurusan tempahan dengan menggunakan <Orders>. Jika anda menggunakan <Customers>, ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan.

Contoh Cold Leads

Cold Leads ini biasa adalah prospek yang melihat-lihat Borang WhatsApp anda sahaja. Mereka boleh dikesan dengan :

Contoh Database Customer Cold Leads

Biasanya berlaku apabila –

  1. Pelanggan menekan WhatsApp Now tapi tidak menghantar mesej WhatsApp kepada Merchant
  2. Pelanggan menekan Bayar Sekarang kemudian tidak meneruskan pengisian alamat delivery.

Namun kita tidak boleh nafikan yang mereka mungkin prospek yang menghadapi masalah semasa mengisi borang seperti internet terputus dan sebagainya.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab merchant dan sales team untuk lakukan Follow Up pelanggan dengan menekan logo WhatsApp untuk menghubungi mereka.

Jika nombor yang mereka masukkan tidak dapat dihubungi atau mereka tidak berminat dengan produk anda, delete sahaja.

Contoh Hot Leads

Hot leads adalah prospek yang ada kebarangkalian untuk beli produk anda tinggi. Dengan kata lain, sudah masuk pukat!

Mereka dapat dikesan dengan adanya shipping address yang lengkap seperti di bawah.

Nota : Jika Pelanggan sudah membayar melalui payment gateway seperti Yezza Pay, akan ada ‘Paid. Not Editable.‘ Merchant sudah boleh urus tempahan di <Orders>

Sales Team perlu lakukan follow up dengan pelanggan dengan menekan logo WhatsApp.

Jika Pelanggan melakukan manual bank transfer dan memberi bukti bayaran, klik <View Invoice> dan update ke Mark as paid.

Urus tempahan seperti biasa.

Nota : Jika customer tak proceed payment sebab rasa mahal sangat, boleh offer mereka partial payment. Klik <View Invoice> dan tick <Allow Partial Payment>

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert