Kadang-kala terjadi di mana pelanggan yang sudah membayar tempahan mahu mengubah details seperti alamat delivery, jumlah tempahan dan sebagainya.

Contoh yang diberi adalah isu di mana pelanggan yang sudah membayar tidak memberi alamat delivery dengan betul.

  1. Cari invois pelanggan di <Database>. Filter dengan Paid.
  1. Klik <Edit> di Customer Info , dan tukar order status dari process ke Cancelled. Ini bagi mengelakkan tempahan customer diuruskan team pengurusan tempahan di <Orders>
  1. Klik <Repeat This Order>. Pilih Borang WhatsApp yang customer tempah. Berdasarkan contoh, pelanggan tempah dengan Borang Khabab & John. Klik <Share>
  1. Kongsi URL berkenaan kepada pelanggan atau buka URL ini di window yang baru jika anda sendiri yang mahu mengedit.
  1. Nama dan No Telefon sudah auto-fill. Minta Pelanggan untuk isi tempahan sekali lagi dan klik <Terus Ke Bayaran>

Nota : Jika anda perasaan, Borang ini hanya ada butang Terus Ke Bayaran.

  1. Di invois, ubah alamat yang salah ke alamat delivery yang betul dengan klik <edit>
  1. STEP PENTING – Selesai edit, klik <Pay Now>. Sampai di page Payment Method, tutup window berkenaan.

Nota : Dengan tidak meneruskan payment method page, pelanggan masih tidak membayar apa-apa. Langkah 7 penting bagi sistem merekod tempahan pelanggan di <Database>

  1. Mark as paid invois pelanggan dan uruskan tempahan. Invois pelanggan yang Cancelled perlu dipadam untuk elakkan kekeliruan.

Buat masa ini, sistem Yezza tak membenarkan tempahan yang sudah dibayar untuk diubah bagi mengelakkan kekeliruan pihak pengurusan tempahan merchant.

Namun kami masih mengambil kira feedback dari pengguna Yezza yang mahukan ianya boleh diubah bagi mengelakkan Buyer terpaksa mengisi borang baru.

Nantikan update terbaru sistem kami.

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert