Pelanggan yang klik pada pautan Smart Link, dia terus boleh melihat katalog produk yang anda jual dalam Borang WhatsApp.

Jika anda menjual pelbagai kategori produk, kami galakkan anda membuat Borang WhatsApp yang berlainan untuk setiap kategori produk.

Tips #1 : Satu Borang, Satu Kategori

Contohnya :
Borang Whatsapp 1 (Kategori : Makanan)
Produk : Kurma, Ikan Bilis, Keropok

Borang Whatsapp 2 (Kategori : Alatan Basikal)
Produk : Basikal, Minyak Pelincir, Pam 

Borang Whatsapp 3 (Kategori : Penapis Air)
Produk : Penapis Air 3 Suhu, Penapis Air 2 Suhu 

Tips #2 : Ringkaskan Borang Anda

Ringkaskan Borang WhatsApp anda supaya prospek anda tidak perlu mengisi detail yang banyak terlebih dahulu untuk menghubungi anda. 

Dalam kebanyakan masa, kami cadangkan anda hanya minta prospek untuk mengisi :

  1. Nama
  2. No telefon
  3. Pilihan produk

Tips #3 : Guna <Collect More Info> dengan sebaiknya

Jika prospek anda tiada masalah untuk mengisi Borang WhatsApp yang panjang, anda boleh gunakan <Collect More Info> untuk menyampaikan Terma dan Syarat perniagaan anda.

Contohnya : Last Order pukul 4 petang.

Inilah ruang untuk sampaikan info ini pada pelanggan.

Contoh penggunaan kreatif adalah seperti di bawah :

Caranya adalah dengan menggunakan opsyen di bawah semasa membina borang.

Baca lagi : Cara Tambah Info di Borang WhatsApp

Tips #4 : Details alamat tak perlu letak dalam borang

Jika perlukan alamat pelanggan untuk penghantaran, alamat tersebut boleh diisi pelanggan semasa ingin membuat bayaran di Yezza.

Eh, tapi bila tengok contoh di atas, dia minta juga alamat di borang…

Ya, contoh borang di atas adalah peniaga yang tidak ON <Delivery Setting> kerana berniaga secara self-pickup.

Pada masa yang sama, dia menggunakan perkhidmatan LalaMove untuk penghantaran.

Penerangan panjang di link bawah.

Delivery Or No Delivery?

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert