Secara asas, anda akan mendapat details Nama dan No Telefon apabila anda <Add Form>. Contoh di bawah borang anda dari sudut pelanggan.

Untuk menambah details yang diperlukan dari pelanggan, anda hanya perlu klik <+Collect Extra Info> untuk mula menambah.

Contoh : Bisnes Homestay Em-C di PD

Info dibawah diperlukan dari Customer.

Selepas click <+collect extra info>, masukkan sahaja details-detail di bawah dengan menggunakan pilihan yang sesuai.

Tandakan Appear in WhatsApp Message jika mahu info berkenaan tertera dalam mesej WhatsApp apabila buyer menghantar mesej WhatsApp dengan kita.

Berikut adalah pilihan yang saya gunakan untuk setiap info yang saya minta :

  1. Check In / Check Out – [Date]
  1. Waktu Tiba – [Time]
  1. Jumlah Penginap – [Text]
  1. Daftar Masuk Dalam WhatsApp Group? – [Dropdown]
  1. Info Penting Buat Penginap – [Checklist]
  1. Terma & Syarat Pembayaran – [Long Text]

Anda akan melihat seperti di bawah. Tandakan kotak Required jika mahukan info itu wajib diisi pelanggan. Klik <Save> apabila selesai.

Dibawah adalah bentuk Borang WhatsApp Em-C dari sudut pelanggan.

Nota : Untuk details, anda tidak perlu menggunakan semua pilihan yang ada. Nasihat kami, jadikan Borang WhatsApp anda seringkas mungkin agar tidak memeningkan prospek anda.

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert