Di dalam perkongsian NEMO kami pada hari pertama, kami ada menasihatkan untuk menggunakan Borang WhatsApp yang ringkas agar pelanggan tidak berasa terlalu banyak untuk diisi.

Namun, ada sahaja merchant yang menggunakan WhatsApp Form yang panjang dan mereka tiada masalah untuk meneruskan operasi.

Faktor panjang atau pendek sesuatu borang itu bergantung kepada berapa banyak details yang diperlukan merchant dari pelanggan dan juga notis penting yang perlu pelanggan tahu untuk membeli dengan mereka.

Baca lagi : Cara Tambah Info di Borang WhatsApp

Contohnya anda berniaga makanan panas. Selain dari nama dan nombor telefon, anda perlukan waktu penghantaran dan sedikit info berkenaan operasi sahaja bukan?

Berikut adalah satu lagi contoh yang kami ada.

Bisnes makanan siap dan panas mempunyai psikologi pembeli di mana mereka :

Jadi, sememangnya kami sarankan untuk ringkaskan Form. Ringkas dan mudah difahami.

Side order produk boleh ditetapkan sebagai add-on / variant semasa meng-upload produk atau bentuk sahaja kepada set.

Baca lagi : Cara Menambah ‘Add-On’ ke Produk

Ini sangat berbeza dengan bisnes yang selain makanan service-based business yang perlukan details yang agak panjang.

Sebagai contoh bisnes homestay seperti di bawah.

Berdasarkan contoh, merchant terpaksa membentuk borang yang agak panjang untuk customer isi.

Namun, boleh jadi yang prospek tidak akan mengisi dan turned off kerana mereka sekadar mahu bertanya-tanya sahaja.

Jika anda merasakan prospek anda sedemikian, ringkaskan sahaja borang sehingga jumlah pax sahaja dan tidak mengaktifkan butang ‘Pay Now’.

Ini membolehkan prospek untuk sekadar details dan menghubungi anda terus jika ada lebih persoalan.

Baca lagi : Cara Aktifkan Butang ‘Bayar Terus’

Baca lagi : Bayar Terus Or Contact Seller Dulu?

Jadi, pemilihan untuk memilih panjang atau pendek WhatsApp Form anda sebenarnya bergantung kepada apa yang anda inginkan dari pelanggan.

Pada masa yang sama, apa yang anda minta dari pelanggan tidak meninggalkan impresi yang anda terlalu demanding sehingga pelanggan turn-off untuk mengisi borang dari anda.

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert