Analytics memberi peluang untuk merchant memahami kerberhasilan sesuatu jualan, produk atau agent.

Info seperti ini jarang sekali digunakan oleh merchant. Melainkan dia benar-benar mahu memahami situasi sebenar bisnesnya sebelum mengambil keputusan yang tepat untuk grow.

Adakah produk yang dijual benar-benar laku atau sekadar menyemak?
Adakah agent A lebih tinggi conversion rate dari Salesperson B?
Berapa sebenar peratus pembeli dari mereka yang telah melihat borang WhatsApp kita?

Perincian maklumat-maklumat dari Analytics bergantung kepada jenis plan langganan.

PERSONAL PLAN

Ini adalah maklumat yang dapat diakses untuk semua jenis langganan.

Anda dapat melihat :

Views
Berapa ramai yang sudah melihat WhatsApp Form & Yezza Store anda

Leads
Jumlah yang pernah klik butang WhatsApp Seller atau butang Pay Now. Peratus diambil dari nisbah Views

Purchases
Jumlah pelanggan yang telah membeli. Peratus diambil dari nisbah Views.

Baca Lagi : Cara Urus Leads Dari Borang WhatsApp

Secara amnya, keseluruhan maklumat ini dipanggil Business Sales Funnel.

Anda boleh filter maklumat mengikut Tahun, Bulan, Minggu atau Hari.

BUSINESS PLAN

Merchant mendapat maklumat tambahan ‘Sales Team Ranking’.

Nama-nama admin, salesperson dan agent akan disusun mengikut Sales Amount atau Conversion Rate.

Jika anda ingin mengetahui jumlah sales mengikut tempoh waktu untuk kegunaan komisyen, gunakan sahaja filter Day, Week, Month, Year di atas.

Ingin ketahui, siapa yang paling bijak close deal? Perhatikan siapa di rank pertama di Conversion Rate.

Baca Lagi : Isu & Penyelesaian berkaitan Agen & Salesperson

INTELLIGENCE PLAN

Untuk plan langganan yang ini, merchant akan dapat kesemua maklumat di atas termasuk maklumat Product Ranking.

Bagi merchant yang mengutamakan maklumat perniagaan yang terperinci seperti customer behavior atau product mana yang laku, ini antara yang diperlukan.

Product yang tersenarai adalah termasuk produk bervariasi. Jadi secara tak langsung, anda boleh mengetahui warna atau saiz yang selalu dibeli pelanggan. Walaupun kecil, akan tetapi insights seperti ini sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam bisnes masing-masing.

Dengan menekan butang <View> , anda boleh akses terus ke product untuk tujuan edit.

Sama seperti maklumat Analytics yang lain, anda boleh filter Day, Week, Month, Year.

Ringkasnya, akses maklumat Analytics adalah seperti berikut :-

Personal : Business’ sales funnel
Business : Business’ sales funnel + Sales Team Ranking
Intelligence : Business’ sales funnel + Sales Team Ranking + Product Ranking

Baca Lagi : Cara Tukar Plan Langganan & Add-ons

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert