Ada merchant yang lebih gemarkan custom domain sendiri. Ianya seolah-olah merchant sudah ada laman web sendiri. Ini sangat berkesan untuk tujuan marketing dan bina kepercayaan pelanggan.

Sebagai contoh, link Yezza Store secara asas nya adalah – https://kedaisimon.yezza.store/

Dengan kemudahan custom Domain, saya boleh tukar link tersebut kepada – https://kedaisimon.com/

Ikut langkah mudah di bawah :

  1. Klik pada <Yezza Store> di dashboard anda.
  2. Pilih request <Request Custom Domain>
  1. Selepas klik, akan muncul tetingkap seperti di bawah. Masukkan nama domain yang anda inginkan.
  1. Tanda ‘Yes’ jika sebelum ini anda telah mempunyai domain sendiri. Jika tidak, biarkan sahaja dalam ‘No’
  2. Klik <Send Message>
  3. Request anda akan diuruskan oleh Support Team kami dan mereka akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.

Ini terbuka untuk semua jenis langganan.

Nota : Untuk merchant yang ada domain sendiri, Support akan emelkan anda langkah-langkah seterusnya untuk anda lakukan.

Setelah berjaya untuk mendapatkan domain, perlu ke <Settings> kemudian <Advance Settings> dan <Manage> Custom Domain.

Aktifkan untuk Yezza Store.

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert