Pelanggan yang klik pada pautan Smart Link, dia terus boleh melihat katalog produk yang anda jual dalam Borang WhatsApp.

Jika anda menjual pelbagai kategori produk, kami galakkan anda membuat Borang WhatsApp yang berlainan untuk setiap kategori produk.

Tips #1 : Satu Borang, Satu Kategori #

Contohnya :
Borang Whatsapp 1 (Kategori : Makanan)
Produk : Kurma, Ikan Bilis, Keropok

Borang Whatsapp 2 (Kategori : Alatan Basikal)
Produk : Basikal, Minyak Pelincir, Pam 

Borang Whatsapp 3 (Kategori : Penapis Air)
Produk : Penapis Air 3 Suhu, Penapis Air 2 Suhu 

Tips #2 : Ringkaskan Borang Anda #

Ringkaskan Borang WhatsApp anda supaya prospek anda tidak perlu mengisi detail yang banyak terlebih dahulu untuk menghubungi anda. 

Dalam kebanyakan masa, kami cadangkan anda hanya minta prospek untuk mengisi :

  1. Nama
  2. No telefon
  3. Pilihan produk

Tips #3 : Guna <Collect More Info> dengan sebaiknya #

Jika prospek anda tiada masalah untuk mengisi Borang WhatsApp yang panjang, anda boleh gunakan <Collect More Info> untuk menyampaikan Terma dan Syarat perniagaan anda.

Contohnya : Last Order pukul 4 petang.

Inilah ruang untuk sampaikan info ini pada pelanggan.

Contoh penggunaan kreatif adalah seperti di bawah :

Caranya adalah dengan menggunakan opsyen di bawah semasa membina borang.

Baca lagi : Cara Tambah Info di Borang WhatsApp

Tips #4 : Details alamat tak perlu letak dalam borang #

Jika perlukan alamat pelanggan untuk penghantaran, alamat tersebut boleh diisi pelanggan semasa ingin membuat bayaran di Yezza.

Eh, tapi bila tengok contoh di atas, dia minta juga alamat di borang…

Ya, contoh borang di atas adalah peniaga yang tidak ON <Delivery Setting> kerana berniaga secara self-pickup.

Pada masa yang sama, dia menggunakan perkhidmatan LalaMove untuk penghantaran.

Penerangan panjang di link bawah.

Delivery Or No Delivery?

2 Responses

    1. Ada dua cara tapi kedua-duanya perlu anda rujuk caj mereka di LalaMove.

      1- Set harga di bahagian Manual Delivery Setting. Pelanggan akan pilih kawasan mereka semasa mereka mengisi address.
      2- Jadkan caj delivery sebagai Produk, kawasan anda set sebagai variant. Pelanggan kena pilih delivery ni semasa menempah.

      bacaan lanjut :
      Yezza x LalaMove – Cara Integrate & Pakai
      Delivery Or No Delivery?

      p/s : kalau tak dapat cari rate di LalaMove, anda pergi ke ZeptoExpress dan dapatkan rate kawasan di sana.

Comments are closed.