Kadang kala penjual lebih prefer jika pelanggan mereka menerima sejenis notifikasi pengesahan selepas membuat bayaran.
Jika anda menggunakan Yezza Pay, anda kini sudah boleh aktifkan/nyah-aktifkan pilihan Notifikasi SMS bagi tujuan tersebut (untuk pelanggan anda) dengan sendiri.
Di menu, tekan settings > payment > online payment.
Kemudian pilih Yezza Pay > view.
Anda akan lihat paparan maklumat bank akaun anda, dan di bawahnya pula anda akan lihat kotak “notify buyer upon payment”.
Tick atau untick kotak tersebut mengikut keperluan anda.
Jika anda aktifkan, pelanggan anda akan terima SMS seperti di bawah ini, berserta link ke resit pembelian mereka.
Begitu sahaja! Oh dan fungsi ini hanya dapat digunakan jika anda menggunakan Yezza Pay ya!
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.