Table of Contents

Cara Integrate #

Setelah membuka akaun EasyParcel, aktifkan di sistem Yezza di bahagian Settings > Shipping & Delivery

Tekan butang <Setup Account>

Untuk mendapat API Key, anda kembali ke dashboard Easy Parcel anda.

Di bahagian kiri pilih :

  • > Pilih <Integration> kemudian <Add New Store>
  • > Click butang <API key> seperti di bawah
  • Pilih Individual API dan copy API key
  • Paste API key di Yezza.
  • Pilih Shipment Preference. Kalau anda lebih suka untuk kurier datang pickup, sila pilih Courier Pick Up
  • Isi details alamat perniagaan.
  • Pilih kurier pilihan anda. Bergantung kepada lokasi pickup, anda boleh ada lebih dari satu pilihan. Contoh kami cuma ada Poslaju je. (hehe)

    Kemudian pilih branch pilihan.
  • Anda akan terima seperti dibawah bila integrasi selesai. Klik <Finish>

Seterusnya, anda perlu set berat setiap produk anda. Perkhidmatan kurier biasanya mengecaj harga berdasarkan berat produk.

Pilih <Setup Product Weight>

Masukkan berat produk yang akan dihantar menggunakan kurier dan klik <Update>

Jangan panik jika tiada tanda ‘hijau’ di <Set Products Weight>. Ini terjadi apabila semua produk yang anda niagakan tidak di-update beratnya.

Cara Pakai #

Di <Orders> pelanggan yang menggunakan EasyParcel adalah seperti di bawah. Click <Ship to This Address> untuk mulakan shipping

Pilih tarikh pickup.

Apabila click <Ship Parcel> akan muncul dialog berwarna hijau Request sent to EasyParcel.

Kemudian urus shipping anda di EasyParcel di Dashboard dengan click butang <Cart>

Jika anda sudah awal-awal lagi mempunyai kredit EasyParcel, kos tersebut akan ditolak secara automatik dan proses urusan penghantaran diteruskan.

Jika tidak, anda perlu uruskan di sini seperti contoh di atas.

[Kemaskini 23/07] – Anda tidak perlu update Tracking Number secara manual di <Order>. Ia akan auto-update setiap 1 jam.

Sebaik sahaja ada Tracking Number, anda boleh kongsikan kepada customer anda melalui receipt.