Cash On Delivery (COD) adalah sebuah opsyen mudah bagi penjual yang menjual barangan dengan harga yang kecil atau lebih selesa dengan urusan tunai.
Walau bagaimanapun, COD masih lagi melibatkan pelaksanaan manual.
Untuk konfigurasi Cash On Delivery (COD), hanya perlu tanda kotak disediakan untuk pengaktifan.
Semasa pembayaran, pelanggan akan melihat interface di bawah dan boleh pilih Cash On Delivery seperti contoh di bawah.
Setelah itu, tempahan pelanggan akan terus masuk ke <Order> dan uruskan tempahan.
Nota : Anda boleh aktifkan mode pembayaran yang lain pada masa yang sama.
Bila pelanggan terus menekan butang Bayar Terus di Borang WhatsApp, pelanggan akan tahu caj penghantaran semasa mereka mengisi alamat penghantaran.
Harga caj bergantung kepada tetapan harga penghantaran anda sendiri di Manual Shipping.
Nota : Anda boleh bagi lebih awal dengan dengan letakkan ‘notis’ di Borang WhatsApp anda
Baca Lagi : Bagaimana Setup Manual Delivery & Zon Delivery
Selepas selesai melakukan penghantaran dan penerimaan bayaran dengan pelanggan, anda sebagai penjual perlu untuk menandakan <Mark as Paid> di invois pelanggan.
Caranya :> Cari invois pelanggan di <Database> dengan guna ruang ‘Search’. Boleh gunakan nama atau nombor telefon pelanggan
> Klik <Edit> di sebelah status ‘Shipped’ dan ubah kepada <Received>> Klik <View Invoice>> Klik <Mark As Paid>