Sebagai penjual online, kita perlukan kurier mahupun runner untuk hantar order. 

Jadi bagi memudahkan pengguna Yezza, kami sudah membuat integrasi dengan beberapa syarikat kurier dan juga runner untuk memudahkan bisnes anda.

EASYPARCEL #

Ini adalah perkhidmatan kurier di mana ia menjadikan perkhidmatannya sebagai pusat pemilihan. Hampir keseluruhan kurier negara yang terkenal seperti PosLaju, DHL dan lain-lain ada dalam senarai.

Bahkan ia menerima perhantaran pukal dan anda tidak perlu di Pejabat pos lagi untuk menghantar parcel.

Anda boleh bayar perkhidmatan secara online atau membeli kredit topup untuk gunakan perkhidmatan ini.

Cumanya anda perlu membalut sendiri barang dengan menggunakan bubble wrap dan juga kertas balutan yang kemas. Anda juga perlu print sendiri nota penghantaran (consignment note)

Sekadar daftar secara percuma di EasyParcel.com

Kemudian tetapkan di bahagian bawah dengan memasukan API key dan juga berat purata setiap produk anda.

Baca lagi : Yezza x EasyParcel – Cara Integrate & Pakai

ZeptoExpress #

Ianya sama seperti perkhidmatan kurier yang lain cuma anda ada pilihan untuk memilih motosikal, kereta mahupun lori untuk penghantaran.

Untuk satu penghantaran, mereka menawarkan penghantaran dalam masa 3 jam dari waktu penghantaran atau penghantaran pada keesokan harinya.

Harga pula bergantung kepada poin pengambil dan destinasi penghantaran. Perkhidmatan mereka merangkumi Lembah Klang dan zon-zon utama Selangor.

Untuk penghantaran pukal, harganya bermula RM7 untuk satu penghantaran, sekurang-kurangnya 5 penghantaran dengan maksimum 15kg setiap satu.

Untuk menggunakan Zepto di Yezza, anda cuma sekadar masukkan poskod dan alamat pengambilan, nombor telefon anda untuk setup account.

Baca lagi : Yezza X Zepto – Cara Integrate & Pakai

LalaMove #

Ini adalah perkhidmatan kurier di mana anda ada runner dari makanan sehinggalah barang-barang yang bersaiz besar.

Ia menawarkan pelbagai jenis kenderaan, bergantung kepada kesesuaian saiz produk anda.

Anda juga boleh memasukkan jadual penghantaran atau melakukan penghantaran pada hari yang sama. Perkhidmatan ini hanya berada di Lembah Klang sahaja.

Berbeza dengan EasyParcel dan Zepto di mana anda perlu tetapkan di bahagian <Settings> , LalaMove belum 100% integrasi bersama Yezza.

Baca lagi : Yezza x LalaMove – Cara Integrate & Pakai

Buat pengguna yang mahu menggunakan Rider mereka sendiri, bolehlah rujuk pautan di bawah.

Bagaimana Menetapkan Rider sendiri

Bagaimana Setup Manual Delivery & Zon Delivery

2 Responses

  1. apakah yang dimaksudkan dengan API key dari easyparcel? saya sudah mempunyai acc easy parcel, bagaimana cara saya nak aktifkan ke dalam yezza saya? mohon bantuan dari pihak tuan. Terima kasih.

Comments are closed.