WhatsApp Form Yezza juga mampu diterjemah ke 4 bahasa di bawah
Anda boleh menukarnya semasa menetapkan borang WhatsApp dengan memilih pilihan bahasa di ruangan <Use WhatsApp Form In>
Suka kami ingatkan yang satu form hanya boleh ditetapkan dengan satu bahasa dalam satu-satu masa.
Ini bermaksud, jika perniagaan anda ada untuk pelanggan berbahasa Cina dan India pada masa yang sama, kami syorkan anda menggunakan 2 form berbeza mengikut bahasa.
Jika anda masih ingin kekal dengan 1 form sahaja, anda perlu tukar setting bahasa setiap kali diperlukan.
Hubungi Yezza Support jika anda ingin tambah jumlah form dalam plan anda, dengan tambahan caj bulanan yang kompetitif.