Berikut adalah info yang terkandung untuk setiap customer di Database. Ianya terbahagi kepada dua : Customer Info & Order Details.

Contoh di bawah adalah leads yang masuk melalui Borang WhatsApp Kebab & John dan diuruskan oleh Admin Aizuddin. (panah biru)

Bulatan kiri atas adalah nama pelanggan & no telefon.

Show Details (1) mengandungi maklumat yang pelanggan isi di Borang WhatsApp.

Show Details (2) mengandungi maklumat tempahan pelanggan.

Edit (3) untuk mengubah status leads seperti berikut :

Edit (4) untuk mengubah tempahan pelanggan. Merchant juga ada kebebasan untuk bagi lagi potongan harga untuk setiap product.

Nota : Apabila tempahan berstatus Paid , merchant tidak lagi boleh mengubah ini.

<View Invoice> untuk melihat invois pelanggan. Di sini juga tempat untuk mengubah tempahan kepada Mark As Paid.

Butang (5) adalah untuk delete data tempahan customer.

Setelah faham semua ini, anda bersama sales team anda dapat mengurus pelanggan anda.

Borang WhatsApp di bawah sebagai contoh pengurusan Leads :

Nota : Kami menasihatkan pengurusan tempahan dengan menggunakan <Orders>. Jika anda menggunakan <Customers>, ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan.

Contoh Cold Leads #

Cold Leads ini biasa adalah prospek yang melihat-lihat Borang WhatsApp anda sahaja. Mereka boleh dikesan dengan :

  • – Nama yang pelik-pelik
  • – Details customer tiada alamat delivery di Show Details
Contoh Database Customer Cold Leads

Biasanya berlaku apabila –

  1. Pelanggan menekan WhatsApp Now tapi tidak menghantar mesej WhatsApp kepada Merchant
  2. Pelanggan menekan Bayar Sekarang kemudian tidak meneruskan pengisian alamat delivery.

Namun kita tidak boleh nafikan yang mereka mungkin prospek yang menghadapi masalah semasa mengisi borang seperti internet terputus dan sebagainya.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab merchant dan sales team untuk lakukan Follow Up pelanggan dengan menekan logo WhatsApp untuk menghubungi mereka.

Jika nombor yang mereka masukkan tidak dapat dihubungi atau mereka tidak berminat dengan produk anda, delete sahaja.

Contoh Hot Leads #

Hot leads adalah prospek yang ada kebarangkalian untuk beli produk anda tinggi. Dengan kata lain, sudah masuk pukat!

Mereka dapat dikesan dengan adanya shipping address yang lengkap seperti di bawah.

Nota : Jika Pelanggan sudah membayar melalui payment gateway seperti Yezza Pay, akan ada ‘Paid. Not Editable.‘ Merchant sudah boleh urus tempahan di <Orders>

Sales Team perlu lakukan follow up dengan pelanggan dengan menekan logo WhatsApp.

Jika Pelanggan melakukan manual bank transfer dan memberi bukti bayaran, klik <View Invoice> dan update ke Mark as paid.

Urus tempahan seperti biasa.

Nota : Jika customer tak proceed payment sebab rasa mahal sangat, boleh offer mereka partial payment. Klik <View Invoice> dan tick <Allow Partial Payment>