Table of Contents

Jika perniagaan anda mempunyai Sales Team, agen atau rakan kongsi yang turut menjual, anda boleh menambah nama-nama mereka di Yezza.

> Klik <Sales Team>
> Klik <Add Member> dan seterusnya <Invite>
> Masukkan email mereka dan setkan mereka sebagai Agen atau Salesperson

Link invite akan dihantar terus ke email mereka.

Mereka perlu klik pautan tersebut dan mula register seperti di bawah.

Apabila mereka selesai mendaftar, mereka akan dapat access ke dashboard Yezza (penggunaan terhad)

Anda sebagai admin pula perlu tetapkan nama mereka di bahagian <Who’s Selling> dalam Borang WhatsApp.

Caranya : #

> Klik butang Papan Kekunci di sebelah kanan untuk mula menambah.
> Masukkan nama Agen atau Sales Person yang sudah mendapatkan akses
> Tanda kotak kecil di bawah untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk terus membeli produk tanpa berurusan dengan anda atau sales team anda
> Klik <Save>

Jika borang Whatsapp mempunyai lebih dari 1 nama penjual, sistem Yezza akan membahagikan secara sama rata dan automatik.

Jadi tiadalah istilah sales person memonopoli kesemua pelanggan prospek.

Untuk agen pula, apabila mereka login ke Yezza dan copy link WhatsApp Form, untuk dapatkan link unik sebelum melakukan pengiklanan.

Baca Lagi : Beza antara Admin, Sales & Agent

6 Responses

  1. Untuk Agent. Saya dah set nama2 agent. Tapi bagaimana boleh agent dapat pautan mereka sendiri? Sebab agent2 saya yang mana saya dah daftarkan ikut step yang di berikan tetap tak dapat pautan sendiri.

  2. macam mana pulak kalo kita belom ada email saleperson/agent?mcm mana mendapat/tahu pasal email mereka..sy nk dua saleperson/agent untuk saya add kat store sy..

    1. Hi Sarfina,

      Buat masa ini, registration account user Yezza memerlukan email. Kami dalam usaha untuk menjadi Yezza boleh didaftar dengan nombor telefon juga.
      Cadangan saya untuk mendapatkan email mereka adalah :

      i) jika mereka ada mana-mana email aktif (biasanya register FB guna emel), gunakan sahaja emel tersebut.
      ii) Jika mereka tiada masalah untuk ada email, minta mereka untuk create email khas. Kejap je nak create kalau guna Gmail.
      iii) Jika mereka ada masalah guna email, Sarfina buatkan untuk mereka email. Selepas add mereka, Sarfina yang aktifkan sendiri invitation ke Yezza dan create account Yezza mereka. Selepas itu Sarfina serahkan email tersebut kepada mereka. Sebab kalau agen, mereka perlu login dalam akaun Yezza untuk dapatkan link unik mereka.

  3. Saya perlu subscribe Pakej Business untuk tambah sales agent ke? Atau Pakej Personal still boleh guna features ni? Dan kalau boleh, berapa limit agents?

    1. Hai Rasydan,

      Anda tiada masalah untuk menambah agents walaupun anda melanggan Pakej Personal. Anda boleh menambah anggota dengan caj bulanan RM10 sebulan.

      Kami sarankan En Rasydan untuk menghubungi terus Yezza Support untuk request penambahan anggota.

Comments are closed.