WhatsApp Form Yezza juga mempunyai add-on. Fungsi ini bersesuaian untuk produk-produk yang mempunyai item sampingan seperti :

  • > Jual Satay, add on adalah kuah kacang & nasi himpit
  • > Jual Baju Raya, add on adalah butang baju melayu

Cara menambah Add-On adalah :

1 – Di <Edit Product> , klik <Manage Add-Ons>

2 – Klik <+Add> untuk mula menambah

3 – Muat Naik Add-On anda seperti menambah produk. Jangan lupa masukkan harga. Klik <Add> apabila selesai

4 – Produk anda kini sudah ada ‘Add-on’

Berdasarkan contoh di atas, sistem menerima tempahan :

  • > 1 Kebab Daging dengan Add on Keledek Fries dan Patty lebih
  • > 2 Kebab Daging dengan sayur lebih

Jika, mahu tambah Kebab Daging biasa tanpa add on , click sahaja butang <+ Tambah Item>

Click <Simpan Tempahan> bila selesai.

Apabila customer click pada <Bayar> , sebuah checklist akan pop out seperti dibawah. Ini bagi memastikan pelanggan menyemak tempahan sebelum melakukan apa-apa pembayaran.

2 Responses

    1. Biasanya produk yang baru hendak di-upload akan mempunyai 2 pilihan iaitu “Add Product Variant” dan “Manage Add-ons”

      Jika produk tersebut sudah mempunyai variant, produk tersebut tiada add-ons. Begitu juga sebaliknya.

      Jika Tuan Irfan masih menghadapai masalah bahkan semasa meng-upload produk baru, Tuan boleh hubungi Support kami.

Comments are closed.