Dengan bantuan Yezza, meniaga guna WhatsApp pun sudah boleh jual produk bervariasi seperti baju.

Variasa seperti saiz dan warna sangat penting buat pelanggan agar mereka boleh memenuhi kehendak mereka dengan tepat.

Cara untuk menetapkan variasi adalah :

1. Semasa menambah atau mengubah produk, klik <Add Product Variant>

2. Pilih sama ada variasi Saiz , Warna atau lain-lain (contoh lengan pendek / lengan panjang). Masukkan harga dan kuantiti stok setiap satu.

Nota : Harga yang ditetapkan di variant adalah harga yang pelanggan akan bayar. Harga yang anda tetapkan di luar variant hanyalah untuk display di WhatsApp Form dan Yezza Store.

3. Klik <+Add New Variant> untuk tambah lagi variasi. Klik <Add> bila selesai

4. Kemudian <Save>

Semasa pembeli mahu menempah. Mereka dapat memilih variasi yang mereka mahu.

Buat masa ini kami menasihatkan :

  1. Membezakan produk untuk pakaian pendek dan panjang. (contoh : satu produk untuk lengan panjang dan satu lagi produk untuk lengan pendek)
  2. Memuat naik produk mengikut warna dan kemudian menggunakan variant untuk saiz produk tersebut.. 

Ini bagi memudahkan pengurusan inventori anda kelak.

Nota : Apabila anda sudah menetapkan variant, merchant tidak boleh lagi menggunakan add-ons.