Yezza direka untuk memenuhi kehendak segenap lapisan perniagaan – berniaga seorang sehinggalah ke sebuah syarikat.
Jika anda melanggan Plan Business, anda boleh menambah sehingga 5 orang dalam sistem Yezza anda.
Sepanjang 14 hari trial, anda akan rasa kemudahan ini.
Baca lagi : Cara Tambah Salesperson atau Agen ke Borang WhatsApp
Berbeza dengan Admin, Sales dan Agen mempunyai akses terhad di dalam dashboard Yezza.
Anda masih boleh menambah jumlah sales person atau agen apabila sudah mencapai had limit, dengan caj tambahan RM10 seorang/sebulan.
Hubungi Yezza Support untuk tindakan lanjut.
Baca lagi : Beza antara Admin, Sales & Agent
Aspek Pengurusan
Yezza akan membahagikan leads yang masuk dari WhatsApp Form secara sama rata di antara nama-nama di dalam Who’s Selling. Anda boleh ubah nama-nama berkenaan di dalam WhatsApp Form.
Namun untuk agen, mereka diberi kemudahan untuk mempunyai Smart Link mereka sendiri bila mereka klik butang <Share>.
Tapi ini tidak mengubah apa-apa kelebihan antara mereka kerana, mereka tetap bertanggungjawab untuk menguruskan leads yang mereka terima.
Bagi pihak Admin, anda boleh pantau kemasukan leads dan status mereka di <Customers>
Berdasarkan contoh di atas, sebagai admin, anda perlu faham yang :
- From – Nama WhatsApp Form yang leads masuk
- Sent to – Nama sales / agen yang leads ini telah di-assign.
Dari kaca mata agen / sales, hanya leads di bawah nama mereka sahaja yang mereka nampak dan perlu diuruskan sehingga selesai.
Untuk ukuran prestasi , Admin boleh pantau di <Sales Team>
Delivery
Agen / Sales perlu uruskan penghantaran <order> di Yezza dengan menggunakan delivery setting yang ditetapkan oleh Admin.
Contoh : Jika Admin menetapkan penggunaan EasyParcel dengan pickup point di HQ, sales / agen perlu menguruskan order dengan menggunakan setting delivery tersebut.
Payment
Hanya Admin sahaja yang dapat melihat <Transaction> di bawah <Database>
Urusan pembayaran juga perlu agen / sales uruskan berdasarkan payment setting yang ditetapkan Admin. Ini bermaksud segala pembayaran akan masuk ke akaun yang ditetapkan oleh Admin.
Selesai masalah sales / agen yang pegang duit masuk kocek sendiri…
Contoh : Jika Admin menetapkan pembayaran manual bank transfer ke CIMB Syarikat WangBesar, pelanggan hanya akan nampak nombor akaun tersebut semasa melakukan pembayaran.
Setiap kali ada leads yang berjaya close (paid), agen / sales akan menerima emel notifikasi dari Yezza.
Ini bagi memudahkan urusan tuntutan komisyen agen bersama Admin.
Untuk memudahkan payment tracking, kami galakkan menggunakan payment gateway seperti Yezza Pay.
Baca Lagi : 6 Kelebihan Yezza Pay
Hanya Sesuai Untuk Agen Dropship??
Ya dan tidak.
Jika anda seorang agen stokis sekalipun, anda tiada masalah untuk menggunakan Yezza, walaupun HQ anda tidak melanggan servis kami.
Memandangkan anda sendiri sudah memegang stok produk, tiada masalah untuk uruskan sendiri tempahan dan penghantaran kan?
Sama juga jika anda seorang agen dropship. Jika HQ masih belum menggunakan Yezza, ia tak menghalang anda untuk pergi lebih jauh untuk mencari buyer bukan?
Dari pihak kami, kami sedang menambahbaik fungsi Yezza agar lebih mesra kepada syarikat yang berurusniaga menggunakan sistem agen.
Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza
Yezza Guide – Road To Expert