Ada merchant yang lebih gemarkan custom domain sendiri. Ianya seolah-olah merchant sudah ada laman web sendiri. Ini sangat berkesan untuk tujuan marketing dan bina kepercayaan pelanggan.
Sebagai contoh, link Yezza Store secara asas nya adalah – https://kedaisimon.yezza.store/
Dengan kemudahan custom Domain, saya boleh tukar link tersebut kepada – https://kedaisimon.com/
Ikut langkah mudah di bawah :
- Klik pada <Yezza Store> di dashboard anda.
- Pilih request <Request Custom Domain>
- Selepas klik, akan muncul tetingkap seperti di bawah. Masukkan nama domain yang anda inginkan.
- Tanda ‘Yes’ jika sebelum ini anda telah mempunyai domain sendiri. Jika tidak, biarkan sahaja dalam ‘No’
- Klik <Send Message>
- Request anda akan diuruskan oleh Support Team kami dan mereka akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.
Ini terbuka untuk semua jenis langganan.
Nota : Untuk merchant yang ada domain sendiri, Support akan emelkan anda langkah-langkah seterusnya untuk anda lakukan.
Setelah berjaya untuk mendapatkan domain, perlu ke <Settings> kemudian <Advance Settings> dan <Manage> Custom Domain.
Aktifkan untuk Yezza Store.
Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza
Yezza Guide – Road To Expert