Borang tempahan Whatsapp (Whatsapp Form) adalah tempat pelanggan anda akan membuat tempahan.
Pergi ke Menu > Whatsapp Forms > +Create Form
Mulakan dengan memberikan nama untuk borang tersebut. Ini adalah untuk rujukan anda sahaja, pelanggan tidak akan melihat nama ini.
Di bahagian Data Collection, anda akan menetapkan kotak apa yang akan dipaparkan untuk diisi oleh pelanggan. Tekan collect extra info jika anda perlukan kotak tambahan daripada apa yang sedia ada.
Di bahagian Attach Product, tekan +ADD dan pilih produk yang anda ingin paparkan di dalam borang tersebut. Produk yang tidak dipilih tidak akan dipaparkan.
Seterusnya, pilih jenis layout. Tekan butang example untuk lihat setiap satu sebelum pilih.
Borang tempahan Whatsapp ini akan masuk dalam bentuk mesej di Whatsapp. Di bahagian who’s selling, lampirkan nama pengguna akaun yang akan bertugas menjawab mesej itu nanti. Ia boleh samada Admin atau Salesperson. Jika ada lebih daripada seorang, pelanggan yang masuk nanti akan dibahagikan secara bergilir-gilir.
Selepas selesai, tekan create.
Anda boleh view borang tersebut dan cuba mengisinya dengan maklumat cubaan, untuk melihat dari perspektif pelanggan.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.