Untuk menetapkan kaedah penghantaran, pergi ke Menu > Settings > Shipping & Delivery

Di Shipping Zone, perlu activate sekurangnya 1 zone.

Jika tiada zon diaktifkan, pembeli anda akan boleh meneruskan pembayaran tanpa mengisi alamat dan membayar kos penghantaran.

Tekan +ADD ZONE , isikan nama zon, contohnya “Semenanjung”

Kemudian pilih (tick di kotak) samada Self Pickup, Manual Delivery, atau Easyparcel/Lalamove/ZeptoExress. Di sini, anda boleh pilih lebih daripada satu.

Nota: Untuk membolehkan anda memilih Easyparcel/Lalamove/ZeptoExress, anda perlu integrate akaun-akaun ini dengan sistem Yezza terlebih dahulu.

Baca juga http://Yezza x EasyParcel – Cara Integrate & Pakai

Untuk Manual Delivery, anda perlu +ADD RATE terlebih dahulu.

Letakkan nama dan kadar/caj yang bersesuaian.

Semasa mengisi bahagian ini, di Charge Type, jika anda memilih By weight, anda perlu memastikan produk yang anda sudah/akan upload mempunyai berat. Jika tiada, anda perlu memilih Flat rate.

Tetapi, jika anda integrate juga dengan Easyparcel, produk yang anda upload harus mempunyai berat. Jika tiada, proses memilih kurier akan gagal di pihak pembeli.

Tekan Update Zone selepas siap, dan anda boleh mencuba mengisi borang tempahan anda untuk melihat proses yang akan dilalui oleh pembeli anda nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *