Dengan adanya butang Bayar Terus, pelanggan ada kemudahan membeli barang anda terus tanpa menghubungi anda.

Pick and Buy adalah apa yang dicari oleh merchant dan sangat sesuai bagi bisnes yang mempunyai produk yang ringkas.

Ini benar-benar menjimatkan masa merchant dari segi pengurusan tempahan lagi-lagi apabila order masuk dengan laju

Baca lagi : 6 Kelebihan Yezza Pay & Cara Pengaktifan

Namun, ini hanya dapat dicapai jika membentuk WhatsApp Form yang jelas buat pelanggan.

Baca lagi : Cara Tambah Info di Borang WhatsApp

Namun bagaimana pula kalau merchant tidak langsung meletakkan butang Bayar Terus? Apakah ia akan menghalang daripada berlakunya close sale?

Tidak.

Ini kerana team sales mereka dapat membantu menguruskan permasalahan dan persoalan yang menghalang pelanggan dari memberi produk anda. (Perkara ini dibincangkan di dalam Panduan NEMO pada hari ke-4)

Bahkan anda boleh menawarkan diskaun tambahan khas buat pelanggan berkenaan.

Baca Lagi : Cara Beri Diskaun Tambahan Selain Coupon

Apabila close deal, merchant hanya perlu share link invoice untuk pelanggan meneruskan pembayaran.

Cara ini sangat sesuai buat bisnes yang memerlukan komunikasi lanjut di antara Merchant dan juga Buyer.

Sebagai contoh, Bisnes Servis Embroidery Kasut secara custom di bawah di mana pelanggan kebiasaan mempunyai idea rekaan sendiri

Untuk bisnes yang normanya memerlukan komunikasi lanjut, kami galakkan untuk tidak mengaktifkan mode Bayar Terus.

Nota : Pelanggan wajib memasukkan nama dan nombor telefon untuk membayar atau walau sekadar menghubungi merchant. Ini membolehkan sistem Yezza merekod dan membentuk data bagi memudah merchant menguruskan pelanggan selepas itu.

(Kemaskini 29/09) – Anda boleh reka sendiri template mesej WhatsApp yang customer hantar. Baca lagi : Cara reka template WhatsApp

Banyak click tapi sedikit yang isi details #

Ada yang mengatakan prospek hanya click, takut-takut untuk mengisi WhatsApp form kerana mewajibkan nama dan nombor telefon.

Perlu merchant memahami yang terbina WhatsApp Form adalah untuk membantu Merchant. Dari mengumpul details dan order pelanggan kemudian menguruskannya dengan baik disamping membentuk database untuk kegunaan akan datang.

Dengan meletakkan link WhatsApp Form anda di tempat-tempat yang strategik, pasti akan ada prospek yang terus membeli dengan anda.

Jika anda rasakan yang prospek anda lebih suka browsing produk anda dan memerlukan masa yang panjang untuk melakukan keputusan, kami galakkan guna Yezza Store.

Baca lagi : WhatsApp Form Or Yezza Store?