Selain dari berkongsi link, anda kini boleh menggunakan QR Code untuk menyebarkan Borang WhatsApp anda.

Kelebihan QR Code ini memboleh prospek mendapat access terus ke borang anda jika anda berjumpa prospel secara bersemuka, tanpa bersusah payah anda perlu berkongsi link borang kepada mereka

Ini sangat sesuai untuk merchant di kedai-kedai self order, agen insuran / coway untuk pengumpulan details, atau pembayaran yuran di gym, kelab persatuan dan sebagainya.

Cara Mendapat QR Code Borang WhatsApp #

  1. Klik <WhatsApp Form> di dashboard dan klik butang <Share>.
  2. Selain dari link-link untuk anda kongsi, anda akan nampak opsyen QR Code di situ.
  1. Anda boleh tayang QR Code kepada pelanggan atau print.

Bayangkan sahaja jika anda sekadar jual pisang goreng, tapi pada masa yang sama kumpul order pelanggan untuk pick up pada esoknya…

Bagaimana? Hanya imbas QR Code anda!