Konsep FB Pixel #

Facebook Pixel adalah sebuah kod (javascript) yang diletakkan pada sebuah laman sesawang dengan fungsi untuk merakam data pengunjung yang melawat laman tersebut. 

Setiap pelawat yang masuk baik melalui klik carian (organik) mahupun iklan berbayar (termasuk FB Ads) akan direkod.

Rekod ini kemudiannya boleh dibentuk menjadi ‘kolam data’ di panggil audience. Kegunaan Audience dikongsi secara panjang lebar di dalam kelas FB ads kami di Yezza Academy. 

Hubungi Yezza Support jika anda tidak menerima jemputan ke Yezza Academy pada hari ke-3 NEMO.

Cara-cara Meletakkan FB Pixel di Yezza #

Sebelum meletakkan di Yezza, anda perlu terlebih dahulu mempunyai FB Pixel id. Untuk mendapatkan ini, ikuti langkah di bawah. Jika sudah ada id, langkau ke langkah 11.

  1. Bentuk account di Business.facebook.com.
  2. Di sebelah kiri, pergi ke <Business Settings>.
  1. Kemudian pilih <Data Sources> dan klik <Pixels>
  1. Biasanya sebuah pixel sudah pun terbentuk apabila pendaftaran berjaya. Jika tidak, teruskan langkah-langkah dibawah.
  2. Tekan <Add>
  1. Masukkan nama pixel kemudian <Continue>.
  1. Klik <Continue Managing My Business>
  1. Jika tiada nama di People , click <Add People>
  1. Pilih nama yang menguruskan data pixel ini dan aktifkan admin access. Click <Assign> apabila selesai.
  1. Click pada nombor berwarna biru di sebelah ID untuk copy FB Pixel anda dan letak di Yezza.

Nota : Anda akan perasan yang ada warna merah di sebelah nama kerana pixel anda masih belum menangkap sebarang aktiviti.

Jika anda click <Open in Events> anda akan di bawa ke sebuah laman di mana data pixel dikumpul dan disusun mengikut Events.

Anda boleh sama ada buat Events secara manual ataupun guna sahaja event yang Yezza reka untuk anda semasa mencipta Audience. Ini dikongsikan di dalam Kelas FB Ads kami di Yezza Academy.

  1. Di Yezza Dashboard, pergi ke <Settings> kemudian <Advance Settings>
  1. Click pada <Manage> Facebook Pixel.
  1. Paste FB Pixel ID yang anda copy tadi di sini. Klik <Update> bila selesai.

Tahniah! Borang WhatsApp dan juga Yezza Store anda sudah mempunyai FB Pixel!

2 Responses

  1. Macam mana nak dapatkan fb pixel melalui fb page, saya dah check ikut step tu tapi fb pixel saya tiada kena add

    1. Hi Ros,

      Untuk pengguna pertama kali, adakalanya kena add sendiri. Bila ikuti langkah dalam video, teruskan dengan langkah di bawah.

      1-Click Add
      2-Masukkan sahaja nama pixel kedai anda.
      3-click Continue

      Kemudian, pixel yang baru anda create tadi akan muncul di column kanan. Nombor panjang berwarna biru disebelah ‘ID’ adalah pixel anda.

      Harap ini membantu!

Comments are closed.