Adakalanya produk yang ditawarkan kehabisan atau mempunyai masalah dan perlu ditarik keluar dari borang atau Yezza Store.

Sebagai contoh di bawah, mesin grind sedang rosak dan service grind tidak boleh ditawarkan buat sementara waktu.

Oleh itu, nyahaktifkan sahaja produk tersebut. Lebih menjimatkan masa berbanding memadamkan produk.

Cara-caranya adalah :

  1. Buka <Products> untuk dapatkan senarai produk yang telah dimuatnaik ke dalam akaun Yezza anda.
  1. Click butang biru di sudut kanan produk yang ingin dinyahaktif. Sebuah notifikasi kecil mengatakan yang produk tersebut kini dalam berstatus draft.
  1. Produk tersebut kini dinyahaktif di semua WhatsApp Form dan Store anda.