Apabila produk anda ditentukan mempunyai inventori, baki stok produk anda akan dipamerkan di sebelah kanan atas setiap produk.
Setiap kali pembelian yang berjaya (paid), stok akan dikemaskini.
Apabila anda gandingkan dengan online payment, pengurusan stok akan lebih lancar.
Namun, jika anda menggunakan Cash On Delivery atau Manual Bank Transfer, stok akan hanya diupdate apabila invois pelanggan diupdate kepada ‘mark as paid’.
Nota : Penolakan stok akan diutamakan kepada Yezza Pay. Untuk tidak berlakunya overbooking, anda perlu cepat-cepat mark as paid untuk pelanggan yang melakukan manual bank transfer. (kemaskini 06/07)
Semasa memuat naik produk, selesai sahaja anda masukkan details sesuatu produk, click pada <Has Inventory> dan masukkan jumlah stok yang anda ada.
Nota : Jika produk anda mempunyai add-on, anda juga boleh meletakkan inventori terhadap add-on tersebut.
Untuk produk yang mempunyai variant seperti baju, anda tidak perlu menetapkan inventori terlebih dahulu.
Anda menetapkan jumlah inventori semasa anda menetapkan variant produk anda.
Sebaik sahaja produk anda mencapai ‘0’ produk anda tidak boleh dibeli oleh customer.
Nota : Walaupun demikian, produk tersebut masih berada di Borang WhatsApp cuma tidak dapat ditempah customer.
As of now, kami sedang mengusahakan sistem notifikasi di mana Merchant akan mendapat peringatan yang stok mereka dalam keadaan rendah.