Berikut adalah contoh flow pelanggan dari mula mereka click pada Smart Link sehinggalah mereka melakukan pembayaran.
- Sebaik sahaja mereka click pada smart link yang ada kongsikan (sama ada di WhatsApp mesej, post iklan FB ads, Bio Instagram dan sebagainya), mereka akan masuk ke Borang WhatsApp yang ada reka.
Baca Lagi : 4 Jenis Borang WhatsApp & Contoh Dari Sudut Pelanggan
- Di sini mereka akan isi borang anda dengan details yang diperlukan dan pilih produk yang mereka ingin beli.
Baca Lagi : Tambah Info / Details Pelanggan
- Kemudian pelanggan boleh pilih sama ada membayar terus dengan <Pay Now> atau menghubungi anda dengan <WhatsApp>. Berikut adalah flow berdasarkan situasi.
Baca Lagi : Cara Aktifkan Butang ‘Bayar Terus’
- Situasi 1 – Tekan Butang ‘Pay Now’
Sebuah paparan kecil akan keluar untuk memastikan pelanggan menempah dengan tepat. Jika ya, mereka perlu click <Pay> untuk ke invoice.
- Di sini mereka terus masuk ke invois mereka untuk pengisian alamat. Langkau Situasi 2 dan terus ke #9 jika mahu mengetahui experience pengisian alamat terus.
- Situasi 2 – Tekan Butang ‘WhatsApp”
Pelanggan akan terus di bawa masuk ke WhatsApp dan mula berbual dengan anda / salesperson / agen yang diberi tanggungjawab menjaga leads untuk Borang WhatsApp ini.
Nota : Anda tiada masalah jika mahu menggunakan butang <WhatsApp> sepenuhnya untuk borang anda. Anda hanya perlu menyahktifkan butang “Pay Now”
Baca Lagi : Cara Tambah Sales Person / Agen ke Borang WhatsApp
- Mesej pertama yang dihantar pelanggan merupakan sebuah template mesej yang anda boleh reka sendiri. Ada hanya perlu edit template message di borang.
Baca lagi : Cara Custom Mesej WhatsApp Dari Pelanggan
- Berdasarkan perbualan di contoh, pelanggan kemudian menekan link rujukan dan di bawa ke invoice mereka untuk pengisian alamat.
Nota : Jika anda tidak mengaktifkan butang Required For Delivery pelanggan boleh terus membayar tanpa mengisi alamat (dan tidak dikenakan caj penghantaran jika ada)
Baca lagi : Setup – Pengaktifan Delivery & Manual Delivery
- Pengisian Alamat
Berikut adalah invoice pelanggan atau Order Form. Pelanggan mengisi alamat mereka dengan menekan <Add address>.
- Setelah memasukkan poskod mereka, mereka seterusnya perlu mengisi alamat tepat penghantaran mereka.
- Kemudian mereka boleh pilih zon penghantaran berdasarkan apa yang anda tetapkan.
Contoh di bawah, zon penghantaran telah digunakan oleh peniaga sebagai kategori penghantaran.
Baca lagi : Setup – Zon Penghantaran
- Berdasarkan contoh, pembeli telah memilih Lembah Klang (Ninja Van). Kemudian mereka pilih pula Caj penghantaran berdasarkan apa yang anda tetapkan di Manual Delivery.
- Nota : Jika anda memilih untuk integrate EasyParcel, ZeptoExpress dan Lalamove, caj penghantaran kurier anda akan terus dipapar di sini.
Baca lagi :
Yezza x EasyParcel – Cara Integrate & Pakai [KEMASKINI 23/07]
Yezza x Zepto – Cara Integrate & Pakai
Yezza x LalaMove – Cara Integrate & Pakai
- Selesai pilih dan <save>, pembeli akan kembali ke invoice mereka. Kali ini, caj delivery dikemaskinikan di dalam invoice pelanggan.
- Jika berpuas hati, pelanggan boleh meneruskan pembayaran dengan click <Pay Now>.
- Pelanggan akan di bawa ke Payment Page di mana mereka boleh pilih kaedah pembayaran yang telah anda tetapkan.
- Berdasarkan contoh, kaedah yang ditawarkan adalah Manual Bank Transfer dan Cash On Delivery. Kedua-dua kaedah ini berbeza dengan Online Payment (e.g : Yezza Pay) di mana ia memudahkan kedua-dua pelanggan dan bisnes anda. Bayar terus online.
- Situasi : Manual Bank Transfer
Di sini, pelanggan hanya perlu copy nombor account dan login sendiri ke bank account mereka untuk melakukan pembayaran. Setelah itu, barulah pelanggan boleh <Send Receipt>. Sebuah message akan terus dihantar ke anda.
Nota : Anda tetap perlu cross check dengan bank akaun jika pelanggan tidak provide bukti pembayaran (e.g screenshot / bank resit). Kerana boleh jadi yang pelanggan terlupa atau terus menekan butang <Send Receipt> tanpa melakukan apa-apa pembayaran.
Baca lagi : Setup & Pengurusan – Manual Bank Transfer [Kemaskini 06/07]
- Situasi 2 – Cash On Delivery
Setelah pelanggan click <Place Order> , sebuah mesej WhatsApp seperti di bawah akan dihantar kepada anda.
Bisnes yang selfpickup atau pay-after-service juga boleh set kaedah ini untuk melicinkan proses.
Baca Lagi : Setup & Pengurusan – Cash On Delivery
- Voila! Seorang pelanggan telah pun close pembelian!
Dari sini, anda perlu uruskan tempahan dan buat penghantaran. Boleh baca mengenai urusan tempahan di link bawah.
Urus – Tempahan di Orders
Kami menasihati anda untuk tidak keliru antara <Customers> dan <Orders> di Database.
Customers – Rekod leads, data customers dan juga status mereka.
Orders – Tempahan yang perlu anda uruskan kerana sudah dibeli pelanggan.
Cadangan kami adalah untuk uruskan semua tempahan dalam <Orders> sehingga habis barulah mengejar leads masuk berdasarkan status di <Customers>.
Baca lagi : Urus – Leads Dari Borang WhatsApp
Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza
Yezza Guide – Road To Expert