Semasa anda memuat naik produk, di bahagian bawah terdapat ruang untuk masukkan harga ‘potong’.
Ruang ini sebenarnya untuk meletakkan harga asal sesuatu produk sebenarnya.
Sebagai contoh, Kedai Khabab & John ada produk baru yang harga asalnya adalah RM8. Namun untuk tujuan promosi, ianya dijual dengan harga RM5.
Caranya :
- Masukkan sahaja harga jual macam biasa (RM5)
- Bahagian ‘Slash Price’ dimasukkan harga asal (RM8) seperti di bawah.
Harga Potong ini HANYA akan kelihatan dalam Yezza Store anda sahaja seperti di bawah.
Sekurang-kurangnya, merchant tidak perlu mencipta coupon baru untuk tujuan promosi produk baru.
Merchant boleh bila-bila masa padam harga potong berkenaan.
Namun jika hendak menjual dengan harga asal (yakni RM 8 berdasarkan contoh), hendaklah dimasukkan harga RM 8 di dalam harga jual.
Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza
Yezza Guide – Road To Expert