Yezza Pay adalah alternatif buat merchant Yezza yang mahu menyediakan online banking tapi masih tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat (SSM).

Jika ada SSM sekalipun, payment Gateway yang lain kadang-kala ia mengambil masa yang lama untuk diaktifkan.

Kelebihan Yezza Pay

Tempoh pembayaran wang masuk ke akaun anda ialah 3 hari bekerja

Sebelum ini, kita jenuh follow-up pelanggan untuk berikan bukti pembayaran sebelum memproses tempahan mereka.

Memang leceh dan buang masa. Ada kalanya terdapat pelanggan yang sudah bayar tapi tidak berikan bukti pembayaran.

Dengan Yezza Pay, pembeli akan kemudahan bayar online seperti membeli barang di Shopee atau Lazada.

Jadi Pelanggan dapat receipt pembayaran dan Merchant dapat notifikasi emel ada bayaran masuk.

[KEMASKINI 16/07] – Merchant yang mahu receipt pembayaran di hantar secara SMS ke pelanggan perlu menghubungi Yezza Support untuk mengaktifkan feature ini secara percuma.

Jadi selepas ini :

Anda tak akan dapat nikmati kelebihan ini jika anda masih lagi mahu kekal dengan manual Bank Transfer…

Cara Aktifkan Yezza Pay

Dengan Yezza, meniaga pakai WhatsApp je pun ada Online Payment.

P/S : Jika anda ingin mengubah bank details anda atau jenis akaun yang didaftarkan di dalam Yezza Pay anda, hubungi Yezza Support untuk lakukan demikian.

Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza

Yezza Guide – Road To Expert

2 Responses

  1. salam admin..yezza pay takda bagi resit kat email ke setiap 3 hari bila clear payment ??

    1. Wasalam.

      Yezza Pay akan bagi email notifikasi untuk setiap pembelian.

      Kami dalam proses penambahbaikkan di mana resit pembayaran dari Yezza ke Merchant dihantar pada hari clear payment.

Comments are closed.