Bank Transfer adalah alternatif terbaik jika pelanggan anda tidak dapat menggunakan Online Payment.
Di sini pelanggan perlu membuka website bank merekadan melakukan transaksi secara manual.
Cara Setup
- Pergi ke <Settings> dan seterusnya <Payment>. Pilih <Bank Transfer>
- Klik <+ADD>. Pilih <Bank Name> & isi no akaun bank untuk penerimaan pembayaran. Klik <UPDATE>
- Teruskan <Add> jika anda ada lebih dari 2 bank penerimaan bayaran. Tik kotak Active.
- Di pihak pelanggan, mereka akan melihat contoh di bawah jika mereka memilih Bank Transfer sebagai mode pembayaran.
- Selepas mereka melakukan pembayaran secara manual transfer melalui bank mereka, mereka boleh menekan <Send Receipt> untuk menghantar bukti pembayaran kepada anda.
Cara Urus Tempahan Dengan Manual Bank Transfer
Anda tidak akan dapat apa-apa notifikasi dari Yezza mengatakan ada pembayaran masuk.
Maka anda perlu manually update invois pelanggan apabila mereka memberi bukti pembayaran.
Update invois pelanggan kepada Mark As Paid.
Tempahan pelanggan seterusnya akan muncul di <Orders> untuk pengurusan penghantaran.
Isu Overbooking Dengan Manual Bank Transfe – Kemas Kini 06/07
Jika anda buka 2 method pembayaran serentak (Yezza Pay & Bank Transfer), anda kemungkinan menghadapi isu overbooking.
Ini disebabkan pembayaran Manual Bank Transfer memerlukan merchant untuk mark as paid sebelum sistem merekod order dan mengemaskini stok anda.
Contoh situasi –
Pelanggan A dan Pelanggan B berminat untuk membeli baju yang stoknya tinggal 1. Kedua-duanya mengisi borang pada masa yang sama.
A menggunakan Yezza Pay dan B menggunakan bank Transfer.
Order A akan masuk terlebih dahulu dan stok baju sudah menjadi 0. Apabila merchant mark as paid untuk B, stok baju akan menjadi -1 kerana telah overbooking.
Klik Link di bawah untuk senarai penuh artikel Panduan Yezza
Yezza Guide – Road To Expert